tapi disebabkan MALASSSS sangat ibu buat mee berkuah lada hitam aje hari ni.
Resepi ni ibu adaptasi ( macam cerita drama adaptasi novel pulak.. kik kik kik ) dari sizzling yee mee.. Suka sangat sizling yee mee tu. Tapi yang ini guna mee kuning @ mee kasar.
![]() |
| MEE BERKUAH LADA HITAM versi bekal hari ini |
Bahan-bahan : ( 3 orang makan )
3 ketul Ayam dipotong kecil-kecil ( lebih pun takpe )
Sedikit Sotong atau udang ( Optional )
4 ulas bawang putih (tumbuk atau kisar)
5 atau lebih bawang merah (tumbuk atau kisar)
2 hiris halia sebesar seposen
2 sb cili kisar
1 sk lada hitam (tumbuk atau kisar)
2 sb tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air )
1 plastik mee kuning
4 sb kicap
1 sb sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Air
Sayur kegemaran ( ibu letak kobis dan tomato, ikut stok)
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali
2.Tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan ayam , kacau sehingga separuh masak, masukkan sotong atau udang kalau ada.Kacau sampai separuh masak.
4. Masukkan air sebanyak mane yang mahu.. kalau nak kuah banyak masuk air banyak..
5. Bila dah menggelegak, masukkan halia, kicap, sos tiram, bancuhan tepung jagung, garam, gula.
Rasa, kalau dah ok rasanya baru masukkan sayur.. Kacau sekejap baru matikan api.Kuah siap..
6. Celur mee dalam air panas sekejap. Letak dalam bekas. Curah kuah atas mee. Siap!!!
Sedia dihidang..
Selamat mencuba...
